Hari ini rumah aku di kampung penuh sesak dengan adik-beradikku dan anak-anak saudaraku yang comel. Oleh itu, aku lebih selesa untuk bermalam di rumah datuk aku yang terletak di pinggir pekan. Sebenarmya datuk aku sudah lama meninggal dan rumah warisan ditinggalkan untuk generasi seterusnya. Bersebelahan rumah datuk aku ialah rumah Pak su. Keluarga mereka digelar dato' datin kerana gemar hidup mewah walaupun harta tidak seberapa dan cukup-cukuo makan saja. Selepas maghrib, saya tiba di rumah tersebut dan ianya memang kosong dan gelap. Tempat yang paling aku gemari tentulah bilik bacaan yang menempatkan beberapa helai dokumen penting yang pernah aku tinggalkan kerana akulah orang yang paling kerap menggunakan bilik tersebut. Di tengah kegelapan malam, aku merasakan ada orang yang cuba memasuki rumah ini. Lantas aku ke pintu depan. “ Encik, kami pegawai polis bahagian siasatan penyiasat jenayah, boleh kami masuk” ?. Aku tak jemput pun tapi semuanya terus duduk di ruang tamu diikuti oleh aku. "Encik lihat sampel-sampel DNA ni, dan lihat kedua-dua tangan encik". Bahagian-bahagian calar di tangan encik mempunyai DNA sepadan dengan sampel darah yang kami ambil dari si mati" kata salah seorang dari pegawai polis. Katanya lagi "Kami ada tawaran yang lebih baik jika encik mengaku bersalah, tapi semuanya terpulang kepada encik sendiri". Aku tergamam, tersentak dan terkejut. Siapakah orang yang aku telah bunuh? Aku rasa aku pernah terbunuh seseorang tetapi secara tidak sengaja. Malah aku merasakan bahawa aku akan terselamat tetapi hari ini tidak. Lantas aku terkenang peristiwa dua tahun lepas di rumah Pak su.
Ketika aku bergelut dengannya di dalam stor, pisau yang aku pegang telah menyelar leher Pak su sehingga dia kehilangan banyak darah dan tidak sempat diselamatkan. aku tersentak lagi dan rasa seperti hati aku cuba diragut. Astaghfirullahalazim. Apa yang telah aku lakukan dulu. Umur aku sudah menjangkau 22 tahun dan pasti hukuman bagi orang yang membunuh ialah hukuman gantung sampai mati. Pada saat ketika itu, aku hanya teringatkan emak dan ayah, masa depan aku yang pasti akan terhenti. Bagaimana dengan pengajuan aku di universiti dan biasiswa?
Allahuakbar Allahuakbar....... sayup kedengaran azan subuh memecah kedinginan pagi. Astaghfirullahalazim, aku bermimpi. Aku bersyukur kerana perkara yang aku tidak mahu terjadi pada diri aku sebenarnya hanya wujud di alam mimpi. Cuma aku merasa pelik kerana perenggan kedua ialah bahagian pertama mimpi ini yang berlaku beberapa minggu yang lepas dan mimpi pagi ini ialah sambunngan kepada bahagian pertama. Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku merasa lega malah bersyukur kerana terlepas dari hukuman gantung. Harap tiada bahagian ketiga kerana jika ada, aku sudah mampu membuat sebuah filem trilogi.
Moral di alam mimpi: Berfikir secara waras sebelum bertindak. Jika tidak, hanya penyesalan tidak berkesudahan sepanjang hidup.
Perlu sambung tidur sekejap kerana tengah hari perlu ke minden untuk bermain badminton bersama rakan-rakan. Sekarang ini ada sedikit kegilaan bermain badminton selepas DoTa, skuasy dan bowling. Malam pula akan ke Georgetown untuk makan malam School of Physics. Sekian, Wassalam.
2 comments:
mimpi apakah itu?..mcm2 lh kamu ni..ishk3~
mimpi yang ada sambungan > bunuh org > kena tangkap
Post a Comment