The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

Operasi membuang duit

Cuti empat hari benar-benar membosankan. Terperuk di bilik selain tournament DoTa dengan map 6.59 terbaru dan ke gelanggang badminton . Bilik 7-27 sentiasa dipenuhi dengan budak-budak yang suka berperang. Setiap malam pasti mendapat jemputan dari Tekun, tapi terpaksa dilupakan kerana kumpulan kami hanya pemain amatur dan belum cukup professional untuk ke medan perperangan yang sebenar. Oleh itu, operasi membuang duit di queensbay dilancarkan serta-merta. Penat juga berjalan ke sg dua semata-mata nak jimat 'double' tambang bas ke sana. Lampu isyarat yang rosak, kisah mimpi ijad dengan .... dan biawak tasik harapan membuatkan aku tak henti gelak. Sampai di sana kami terus cari tempat makan. Targetnya dekat Johnny tapi full la plak. Banyak la pula meet uncles hussein bawa family makan kat sini. Alih-alih ke restoran sebelahnya, Dave's Deli. Dah lama tak makan Carbonara, bila nak order staff dia kata tak ada, sejenak aku sangat frust dan pelik. Order la benda apa entah nama dia beef rissole kot bunyinya, dah la hampeh tak berapa sedap macam daging burger ramly pun ada.

Seterusnya misi mencari wardrobe untuk Physics Night. Letih betul dengan seorang budak ni, Lain kali datang dengan awek lah senang. Letih den berceramah pasal fesyen. Lelaki ni fesyennya terhad dan sesetengahnya masih dengan pemikiran ortodoks dan masih kekal dengan gaya pemakaian yang conventional. Apa salahnya kalau bergaya sekali-sekala untuk ke dinner di hotel. Aku seorang yang tak berapa simple, tak suka serabut jugak walaupun kekadang jadi serabut. So far, koleksi dekat Samuel and Kevin adalah yang paling menarik. Tapi aku tak sapu apa pun sebab locker aku dah penuh dengan baju dan jeans. Sales pulak tak habis-habis sejak merdeka sales.



Inilah filem yang kami tonton, penuh dengan aksi, filem berlatarkan msa 1411 A.D dan aku bagi 5 bintang sebab aku suka filem epik+aksi macam ni. Latar tempat juga sangat indah. Lama juga tak masuk sini, rasanya filem terakhir aku tengok tahun lepas, James Bond.


Tien dgn aksi menjinakkan gajah.

Sebelum movie start, pergi la makan cendol. Cendol kat food court memang sedap. Ternampak nyah-nyah Restu. Sorang tu muka macam Afdal. Kah3.. kami tak boleh henti gelak. Tinggi betul imaginasi Fahmi. Mungkin Afdal versi lain. Si ijad ni pula takut nak pkai tee yang ada butang-butang kat tengah, katanya macam golongan tersebut. Tapi aku tengok Tam Spider pakai masa semi-final AJL biasa ja. Cuma yang paling mengejutkan aku, telah terbongkar satu rahsia yang mungkin menggemparkan satu school nanti kalau tersebar dan sebagai penyimpan mohor besar diraja sayap garuda kiri, aku tak boleh la nak share kat sini sebab ianya salah satu TOP SECRET. Yeah, itulah kelebihan kaum adam, mereka selesa menyimpan rahsia dan mampu mendiamkan diri walaupun sesetengahnya suka bergosip seperti kaum ...... hehe. Kata Fahmi, mereka ni banyak mulut. Betul ke?
Anyway, misi saya nak dapatkan perfume baru. Target aku Perfume dari Sean John. Dalam masa terdekat, aku akan kembali untuk mendapatkannya.

2 comments:

banyaknye duit. heheh. semangat beli baju ye untuk fizik n8

 

aku x beli baju baru. pkai tahun lepas restu arena punya. aku tolong orang lain carikan baju. duit aku cukup-cukup je, ada la lebih2 sket.