The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

Korek pasir nampak benda bersinar... apakah mineral itu?


Malam gelap yang diterangi unggun api dan lampu hp.

Semalam buat BBQ, separuh di sponsor oleh seorang budak comel. Walaupun test dan assignment termasuk fyp berderet-deret next week, aku gagahkan diri demi mereka. Aku tak mahu hampakan mereka. Tak apa, aku buat ayam BBQ black peper paling berasap dan meletup, biar mereka gembira dan ceria. Walaupun aku tak ada mood langsung, tapi Alhamdulillah mood bertambah baik menjelang malam. Aku lupakan benda-benda yang remeh-temeh. Benda apa, biarlah. Elok juga seminggu sekali buat aktiviti di luar. 11 orang yang join malam tadi termasuk Mr Smez. Selepas sembahyang jumaat, pergi tesco beli barang, pukul 6 ke pantai cari pot dan kayu api. Kesian fahmi, kena tinggal sorang-sorang waktu maghrib sebab nak nyala arang dan jaga pot. Gelap betul kawasan tu, mujur tak dak hantu air. Pukul 8.45 start panggang dan pukul 11.30 malam berangkat balik meninggalkan air laut yang semakin pasang. Lepas ni mungkin ada bbq untuk budak-budak geo. Mesti buat.


Kalau nak cerita apa yang berlaku sepanjang aktiviti tu, mungkin letih orang nak baca, tu pun kalau ada orang nak baca. Apa pun, hati aku sedikit terubat dengan lawak spoiler halim, kesian jadi bahan. Buruj dipanggilnya bujur, pulau puteri mengandung kat langkawi.... otak-otak dalam laut? memang nak kena garpu besar ni.

Sambil merenung bintang-bintang di langit, aku belajar satu peribahasa yang diubahsuai. Tak Patah tumbuh, tak hilang dah berganti. Siapa yang pandai buat peribahasa ni, aku dengar memang sesuai walaupun salah. Ada maksud tersirat ke? aku rasa memang ada.

Lepas ni baru boleh upload gambar dari hp Awin, saya punya hp 2mp sahaja... tak sehebat Awin punya.

(Main korek pasir laju-laju, nampak benda bercahaya tapi sekelip mata. Apakah mineral tersebut?)

7 comments:

oo..mkn bbq x ajak!huhu..halim tu pelat bhs malysia..angguk je pe dia ckp..oh!..haha

 

sebab ada ad org sponsor.Sebab tu ajak semua. Takpa, nt kita bt utk geo plak. Halim buat lawak spoiler ke ap. Asyik kena dgn org smpi tutp mulut.

 

hahaa. awin join ke BBQ 2? wahhh.x ajak kami pn. xpe... (merajuk.. lariiii!!)

 

"Sebab tu ajak semua" sebetulnya "Sebab tu tak ajak semua". MAs athirah yg sponsor mlm tu. Aku tlg perap ayam. NNt kita buat geo pnya. lagi best, lamb grill.

 

heehee. nti kte buat eh mizi. dah lame x makan mizi masakkan. huhuu