The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

Kesempatan ini

Assalamualaikum....Dah lama rasanya aku tak post sebarang topik atau cerita. Mungkin ad yang ingat aku dah 'left' blog ni. Boleh kata bulan Mac amat memenatkan bermula dengan Physics night, conference, thesis, tests, dan Ablitiy+writing test kat Permata. Dalam masa tu, aku sempat jugak berjalan ke Taiping dan K.Kangsar. Memang seronok. Kawan lama pun ada datang sini, sempat la bercerita panjang tentang kisah masing-masing.
Pejam celik rupanya hidup aku sebagai mahasiswa akan tamat. Tinggal sebulan lagi. Selepas itu, aku tak mampu nak ramal, cuma mampu merancang dan siapalah kita untuk menentukan segalanya melainkan Dia. Kalau test lepas, akan ada job interview pula. Cakap pasal ability test, susah sebab time sangat limited dan tak boleh ulang soalan 'especially' pasal percentage, prediction dan untung-rugi tu. Esei pula aku dapat tajuk yang agak senang. Jari aku tak habis-habis tekan kalkulator. malam sebelum test aku sempat tidur sejam, sebab bertolak dr penang kul 2.30 pg dengan kereta sewa yang buat hal tengah-tengah jalan. Orang berhenti kat stesen minyak sebab nak isi minyak, tapi kami isi angin. Apa pun, tetap satu kenangan yang tak berapa nak indah tapi menyeronokkan. Minggu depan aku akan buat viva untuk final year project, nanti kalau ada masa aku post la sket pasal thesis aku ni. Doakan aku dapat present viva aku dengan baik dan juga final exam, 13-27 hb. Selepas tu, aku akan keluar dari universiti dan mula cari kerja. Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang banyak industri terjejas. Industri minyak dan gas memang ada terjejas, tapi tidak seteruk industri-industri lain.
Hati aku dah tenang sikit selepas thesis complete. Bayangkanlah betapa lost nya aku sebab tak ada direction untuk pursue apa yang aku dah stat. tapi kita tak keseorangan. dia tetap ada di sisi kita kalau kita tak melupakan Dia. Selepas tengok projek aku dah siap, aku berpuas hati dan teruja. Pasti thesis aku ini akan jadi rujukan junior-junior nanti. Itu sudah perkrta biasa. Cuma siapa pula sanggup nak buat pasal magnetik? Pening kepala walaupun bendanya sedikit kompleks, dan potential study ni memang tak ada result yang particular, satu lagi aku penah kata yang aku tak nak buat langsung psal magnetik dan gravity. Projek ni pun kena lelong... tak ada orang yang nak. Student yang lebih bijak dan cemerlang dari aku pun tak nak. Walaupun aku juga tak nak, tapi partner nak jadi aku terpaksa sokong dan aku harap dia dapat guide aku. Tapi apa yang berlaku hanya geng 4 selipar jepun yang tahu. Terima kasih kepada seorang kawan yang aku memang tak suka dia dari dulu, tapi itu dulu... zaman dah berubah. dia yang banyak bagi idea, contoh malah rujukan dan cadangan itu dan ini. Bukan dari orang yang aku harapkan. Terima kasih sahabat. Dalam dunia ada segala macam jenis sahabat. Ada yang bersama anda untuk berseronok, ada yang simpan niat lain dan mengharapkan sesuatu dan ada jugak jenis yang kita boleh cerita segalanya, tak lupa juga yang nak menghancurkan kita. Semoga semua yang aku pernah kenal ikhlas dan sanggup terima aku seadanya. Kepada kawan-kawan, jika aku pernah melukakan hati kalian, maafkan aku. Jauh dari sudut hati aku tak pernah nak bermaksud sedemikian. Mungkin cara percakapan aku agak kasar dan menyinggung hati orang lain. Itu tidak bererti aku marah, cuma aku dah cukup berlembut.

Akhir sekali... selamat belajar, selamat mempersembahkan thesis dan selamat menjalani interview.

STEADY..... tarik nafas, mula!

Blur, no direction and empty.
Itulah keadaan aku sekarang. Tengah tulis thesis ni. Partner aku sedang seronok bercuti di kampung. Aku tak tahu nak buat macam mana. Yang ada hanyalah laptop, kepala otak aku dan application manual. Alangkah indahnya hidup kalau di depan mata aku ada senaskah buku berkulit hijau sambil memerhati hati ayat di dalamnya satu persatu. Aku tak berpeluang, hanya mampu melihat dari dekat. Apa yang aku nak nak buat, semuanya bergantung kepada aku. Itu bagus dan memang aku seronok tergelak sampai nak muntah.

Sedih? Pilu? Sendu? Seronok tak terkata?... apa-apa je lah.

Yang penting control handsome sambil tulis thesis ni. Ho ho...Padan dengan muka sendiri. sorry, spec ni yang padan lah!

STEADY!




Jangan sampai bakar diri sendiri dah.


Lepas ni aku teringin nak post pasal PGCE 2009. Tertunggu juga kalau ada blogger lain yang nak post pasal ni.