The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

Nombor Celcom, Tailor, Kampung dan TV Series

Petang tadi, aku ke satu tempat untuk membeli prepaid number untuk adik aku sebelum balik kampung. Dia pakai maxis, jadi aku suruh dia tukar celcom sebab rates lebih rendah. Dah la pakai dua nombor, membazir betul. Masa isi borang, aku guna nama aku tapi letak birthday adik aku? boleh ke?

Sambil berjalan-jalan tersinggah kedai yang aku tempah kemeja geofizik. Sebenarnya aku tertarik nak menyentuh baju yang aku design sendiri, hoho. Lagipun dah tauke dia nampak aku, mesti dia kenal. Tapi yang aku terasa setiap kali dia jumpa aku, dia mesti cakap, you nampak makin gemuk la.... ish, aku rasa sama ja. Jawapan aku pun sama, malas exercise. Sebenarnya aku terpaksa dengar dia membebel pasal baju budak perempuan, memang sangat susah nak potong baju girls, katanya, ada nak longgar, ada nak sendat dan ada nak sedang-sedang. sampai dia terpaksa bayangkan macam mana bentuk badan orang tersebut. Boleh ke? Dia yang kata. Dah memang kerja kau buat baju , tapi yang aku suka hasil kerja dia memang bagus dan profesional.

Esok pagi aku balik. Abah dah telefon petang tadi tanya bila nak balik, padahal aku dah bagitau nak balik lewat. Anak manja atau anak yang lupakan ibu bapa? Dari tahun 2000 aku dah mula duduk asrama. sudah terbiasa dengan kehidupan sendiri. Paling lama aku duduk rumah hanya dua bulan. Itu pun kalau tak ada program luar. Bukan aku tak rindu nak balik rumah, rumah tetap rumah. Rumahku syurgaku. Aku rasa lega dan tenang kalau kat rumah, orang lain pun akan rasa apa yang aku rasa. Dah la kampung aku ni best. Pernah jadi johan pertandingan kemerdekaan peringkat negeri dua tahun berturut-turut. Bangganya aku dekat kampung aku. Tapi sekarang dah takdak pertandingan cam tu bila MB baru amik alih. Lagipun bukan senang kalau nak masuk pertandingan. Kena siap segala macam. Kalau bercerita sini tak habis. Aku kagum sebab pernah menyaksikan pertandingan tersebut semasa cuti pulang bermalam. Meriah macam pesta makanan tradisional, tak jugak siap ada wayang kulit.... gimik, hiasan lampu tu aku tak tau dari mana depa kutip buluh tu.

Malam ni aku dah habiskan 3 episod sebuah english series yang aku beli. Semuanya 10 DVD, complete two seasons. Cerita memang tak ada tunjuk kat tv, so sangat ekslusif. Tapi yang penting dan buat aku nak tengok ialah ceritamya betul-betul mengisahkan realiti sebenar kehidupan, bukan macam series Heroes... Hana Yori Dango? lagi la menguap, Smallvile? lagi la merapu sampai season berapa ntah skrg ni. Aku saja rahsiakan tajuk series ni. Top Secret. Hanya sesetengah orang sahaja yang berminat cerita macam ni dan ada yang pernah tengok dah. Rasa menyesal ada jugak sebab sanggup habiskan duit belanja time cuti cny. So amiklah hadiah ni buat diri sendiri dan selamat menonton semasa cuti seminggu ni. Layan....

(Terasa ketenangan ketika ramai pelajar dah pulang ke kampung. Rindu la pulak kat couple2 sejati bukit Saujana)

8 comments:

selamat bercuti. eh kite cuti smpai bape hb eh?

 

aik?..x blk umah g ke b4 ni?ishk3.mmg syg usm tul.lama x g perlis. rjin2 tgkplh pix kmp. nk usha gak apa yg brubah. sob3...kmpung kat ne?hbtlahlh da wayang kulit. cite ape yg jadi top secret tu? share2lah skit..ngee~

 

Nak ke? aku pun xdak pic.. sbb ak bkn jenis yg suka amibil gambr. Tp kalau org amik gambar, kamik sukak. Kg Dato' Sheikh Ahmad, Beseri. Kalau hari biasa xdak ap yg menarik pun. citu tu mmg best arr... aku takleh stop tgk,,, hehe mana ad. Skrip dan acting, aku bagi A. Jalan cerita, fuyoo... Tapi lepas aku habis tgk, InsyaAllah aku akan kongsi kat sini. Tunggu.

 

kampung mizi mmg lawa... tugula mizi kawen dulu bru bley kita p melawat kampung dia.... huhuhuhu... tu pun kalau dia panggil p kenduri la... huhuhuhuhu... mana nak tau kan taun depan lepas grad dah nak kawen.... pas nie mizi jadi salah sorang couple kat bawah tue laaaa.... hehehehe.. jgn marah...

 
This comment has been removed by the author.
 

wah..lm g lh nk tunggu cite tu?..oh! kalo leh tgkp lg best..ltk dlm blog..ngee

 

Amar, memandai saja buat cerita aku nak kahwin. awek pun tak dak lagi. Kg aku penuh semak samun ja. kena bawa parang nak tebas belukar.