The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

cerita semalam

Hari sabtu sangat membosankan. Ak stay kat bilik. Korang tau apa yang aku buat? main game frozen throne, then sambung final year project, tak sampai sejam dah buka mozilla firefox merapu entah ke mana, main game balik, smbung f.y.p dan aku asyik ulang benda ni sampai ke petang. Bila tarik tirai, sebenarnya aku agak muak tengok muka-muka couple yang sama dekat Saujana tu, setiap petagg dan malam mesti makhluk yangg sama. Pergi la buat hal korang kat tempat lain, really annoying. Roomate aku kat Lembah bujang, dia memang ikut en.rosli tu bt projek kt mana pn. Aku... erm berhenti di pertengahan jalan. Aku tahu bila masa aku tak diperlukan lagi. Lagipun setakat disogok dengan penjimatan perbelanjaan makanan enak dan percuma, aku tak tergoda langsung, allowances yang aku dpt tiap-tiap bulan ni dah cukup untuk menyara perbelanjaan harian. Itulah untungnya menjadi single, tak perlu bersusah-susah nak melabur duit ke jalan lain. Apatah lagi hendak membuka cawangan baru. Kesian betul dekat cawangan lama yang kian sepi dan dilupakan. Memang enak menghisap madu di sarang baru.

Lantas aku terfikir nak keluar jalan-jalan cari makan. Kalau hari sabtu, pasar malam sungai dua menjadi lokasi pilihan gadis-gadis usm. Gerai pilihan mereka tentulah nasi kerabu dan boleh dikatakan 14/15 pelanggan telah didominasi oleh kaum wanita. Pernah ke pasar malam bayan lepas? aku pernah lalu kat situ dan aku rasa situlah pasar malam paling panjang kat pulau. Walaupun diajak fahmi dgn fit utk makan kat kedai hijau, aku tetap tak nak sebab serius aku sangat segan sebab tiap-tiap malam makan kat situ walaupun makanan kat situ aku rasa the best in penang, marah dan sentiasa penuh. Selepas solat maghrib aku terus ke bayan lepas menaiki scooter comelku. Mak ai.. ramainya orang, segala macam bangsa ada. Setelah berjalan jauh, tak ada apa yang menarik di sini. Cuma makanan yang ada lebih banyak pilihan, banyak dan murah berbanding di sungai dua. Apa yang hendak di makan? aku sempat beli pohpia basah dan Sate. Satu satu cucuk 30 sen? murah ni... besar pulak tu. Must buy food. Itulah situasi rakyat negara ini iaitu memikirkan apa yang hendak di makan sedangkan ada di sesetengah tempat seperti Sudan hanya mengharapkan ada makanan yang hendak di makan. Tengah syok berjalan di tengah kesesakan ada yang silap pegang lengan aku, mungkin perempuan tu ingat aku boyfriend dia kut.. hahah, malunya. Baju yang aku pakai pun berlubang besar disebabkan motosikal yang aku pun tak tahu apa yang dia angkut kat belakang tu. Mungkin dia buat tempat menggoreng sampai dawai besi dia letak tu mengoyakkan baju aku. Tapi aku tak kisah sebab baju yang aku pakai tu memang aku label sebagai baju pasar malam sedangkan di belakangnya tertulis oil & gas symposium.

Aku nak balik makan dan sambung f.y.p aku. Nak siapkan bahagian teori ni bukan satu kerja yang mudah. Projek yang saya buat ni pertama kali di buat oleh student final year. So jangan harap la nak boleh copy thesis2 tahun sebelumnya. Lain la kalau asyik guna tajuk yang sama setiap tahun dan buat benda yang sama. Pada pandangan saya, tajuk-tajuk berkaitan resistivity, seismik dan oceanography sama sahaja setiap tahun. Kenapalah lecturer-lecturer sanggup ulang benda yang sama? . So tak perlulah anda nak mengeluh kalau rasa susah kerana bukan anda seorang saja yang buat fyp. Masih ada lagi insan yang terkontang-kanting seorang diri dan lebih menarik, ada juga yang sangat genius sampai tak perlu buat apa-apa, selesa menonton prison break dan berchating dengan rakan yang tak dikenali. Apa pun yang anda lakukan, itu hak anda kan? Yang pentinmg diri sendiri yang alami dan lebih mengerti apa yang dilakukan kerana orang lain tidak berada di pihaknya malah hanya lebih suka membuat andaian itu dan ini, termasuklah diri aku.

12 comments:

This comment has been removed by the author.
 

tajuk x penting. yg penting hasilnya. dun judge a book by its cover.

mean. dun judge a project by its title!

eh boleh ke ni?

aku wt ocean. mmg r. tp kami wt kt kwsn lain. 1st grup yg wt kt c2. huhuuu. so still mane leh nak copy2.
tahun depan junior yg wt tajuk ko pn same la. amik tjuk same gak.

 

Bahagian teori dan kaedahnya tetap sama kan? dah ada references pun. Cuma cara kita interpret tak sama, geologi kawasan pun tak sama. Pada pandangan aku, siapa sahaja yang buat under en. ipin tak akan buat benda yang sama. Maksudnya dia seorang yang inovatif dan bukan regular lecturer. Walaupun begitu, aku masih hormati rakan-rakan aku yang buat fyp tajuk yang sama, sebab ak tahu, korang bukan goyang kaki cuma laluannya lebih mudah. Persoalan disini ialah kenapa lecturer lebih suka membuat tajuk yang sama saban tahun. Adilkah kepada pelar-pelajar lain? Mungkin ada junior yang akan buat tajuk yang sama dengan saya, tapi semestinya di bawah seliaan lecturer lain, bukannya supervisor saya.

SORRY, I NEVER JUDGE A BOOK BY ITS COVER COZ IT IS MEANINGLESS, BUT THE INTRO OF THE BOOK ALREADY TOLD ME THE HINT ABOUT WHAT IS GOING TO HAPPEN IN THE NEXT CHAPTER's'.


Saya minta maaf kepada yang kurang sutuju dengan post saya ini. anda semua berhak untuk memberikan pendapat masing-masing. siapalah saya untuk mengatakan bahawa pendapat kalian itu tidak benar.

 

“Bila tarik tirai, sebenarnya aku agak muak tengok muka-muka couple yang sama dekat Saujana tu, setiap petagg dan malam mesti makhluk yangg sama. Pergi la buat hal korang kat tempat lain, really annoying. “

♥…aq pun alami benda yang sama! Ari2 kalo aq naik kat tangga tu mesti aq usha muka yg sama kat situ. Budak fizik pun aq banyak kali nampak! Nak name list diorang ke? Dulu ko nye rmate pun aq slalu nmpak kat parking moto tu. Tapi itu dululah sekarang aq x nmpak lak. Pesan lah kat dia skali sruh bt hal kt tmpat len. Kitorang dah pernah tegur budak2 situ tapi diorang buat donno je so nak kata apa! Aish!

“Lagipun setakat disogok dengan penjimatan perbelanjaan makanan enak dan percuma, aku tak tergoda langsung…

♥..sangat panas ‘statement’ kamu ni!..heee!...

“Kalau hari sabtu, pasar malam sungai dua menjadi lokasi pilihan gadis-gadis usm. Gerai pilihan mereka tentulah nasi kerabu dan boleh dikatakan 14/15 pelanggan telah didominasi oleh kaum wanita.”

♥…biasalah nasi kerabu susah nak jumpa ari2..hujung minggu je leh makan…pelik gak nape girl suka mkn nasi kerabu…apalah yg diorang letak dlm nasi tu?..musykil2~ …

“Tengah syok berjalan di tengah kesesakan ada yang silap pegang lengan aku, mungkin perempuan tu ingat aku boyfriend dia kut.. hahah, malunya. Baju yang aku pakai pun berlubang besar …”

♥…wah! dipegang perempuan?..i wonder…??…emm…lubang besar sgt ke cik smez oi?...haha~

“Projek yang saya buat ni pertama kali di buat oleh student final year. So jangan harap la nak boleh copy thesis2 tahun sebelumnya. Lain la kalau asyik guna tajuk yang sama setiap tahun dan buat benda yang sama. Pada pandangan saya, tajuk-tajuk berkaitan resistivity, seismik dan oceanography sama sahaja setiap tahun. Kenapalah lecturer-lecturer sanggup ulang benda yang sama? . So tak perlulah anda nak mengeluh kalau rasa susah kerana bukan anda seorang saja yang buat fyp.”

♥…saya pun sependapat si anilrah. Semua orang mengeluh nak buat fyp coz bukan benda yang simple. Ada ke orang tak pernah mengeluh buat fyp?ada ke orang goyang kaki buat fyp? Ada ke fyp yang senang?..hebatnya! copy paste?..mulut kamu pedas gak! Saya tak heran. Malas nak komen. Bak kata anda, hanya diri sendiri yang tahu! So suka ati kamulah nak kata apa. lalalala~

“Pada pandangan aku, siapa sahaja yang buat under en. ipin tak akan buat benda yang sama. Maksudnya dia seorang yang inovatif dan bukan regular lecturer …..”

♥…hebat sungguh supervisor kamu yer?..emm..kamu yakin ke dengan statement “Mungkin ada junior yang akan buat tajuk yang sama dengan saya, tapi semestinya di bawah seliaan lecturer lain, bukannya supervisor saya”. Well…hmmm… nak komen tapi kang makan masa bertahun nak baca. Suka ati kamu lah…lalalala~

“kenapa lecturer lebih suka membuat tajuk yang sama saban tahun”

♥..apa kata anda suarakan pendapat anda pada lecturer tersebut? Jawapan di tangan mereka!...

“Yang pentinmg diri sendiri yang alami dan lebih mengerti apa yang dilakukan kerana orang lain tidak berada di pihaknya malah hanya lebih suka membuat andaian itu dan ini, termasuklah diri aku.”

♥…YUP!..memang DIRI SENDIRI lebih tahu dan tidak bg pihak lain! Biasalah coz tu sifat manusia~…


♦ Ps: jgn mare yer! Bak kata anda semua berhak beri pendapat masing2! 

 

better u change the way u write.sgt2 kontroversi. tkt slh paham je. hehee.


neway. gud lux sume untuk FYP. senang ke sush ke. its up to us. we chose the title and the topics kan.
so the risk is in our hand. not others. if u got more than others, its better la kan.

not to show off but to share.

 

Bahagian teori dan kaedahnya tetap sama kan? dah ada references pun. Cuma cara kita interpret tak sama, geologi kawasan pun tak sama




kurg setuju dengan yg ini. sori mizi.
kami nye projek teori nya lain. kami bahagian laut. kalau ko ade teori untuk kami leh bg link x. aku pening ni nk wt teori sbb kebanyakan senior sume wt sal estuari dan pantai. bukannya laut.

peace!

 

anilrah - sorry, so far i don't have any links. Bagi saya lebih sesuai saya menjaga diri sendiri daripada menjaga tepi kain orang. Lagipun saya kurang gemar dengan ....... . (mungkin statement ni lagi panas kalau dilengkapkan) Tapi kalau saya mampu membantu, saya akan cuba.

"Bahagian teori dan kaedahnya tetap sama kan? dah ada references pun. Cuma cara kita interpret tak sama, geologi kawasan pun tak sama."

Kenyataan ini sangat umum. Bukan untuk merujuk kajian anda sahaja.

mAcHo_guRL - Hg mmg rajin. Inilah yang aku nperlukan. Sangat teliti membaca penulisan orang lain.
Adakah kita yang belum berijazah ini mampu untuk menanyakan soalan sebegitu kepada seseorang yang sudah memegang ijazah kedoktoran apatah lagi bila semua sudah ditetapkan. Ya, mungkin, tapi siapa yang pernah? Oleh sebab itu saya menanyakan pendapat kalian tetapi apa yang saya lihat ada perkara lain yang lebih penting untuk dipertahankan pula.
Saya memang suka kontroversi kerana ia dapat meningkatkan prestasi. Adakah anda semua suka sesuatu yang 'flat'? Perlu ingat bahawa lantai bumi bukan semua rata dan ada yang sudah terbiasa berjalan di kawasan tanah rata yang sangat tiggi dan jarang atau belum meredah bukit-bukau di dasar laut. Sesungguhnya ada hikmah apabila Allah menciptakan kehidupan manusia sebegitu rupa.

Oklah, teruskan kewajipan kita. Terima kasih atas nasihat anda harlina. Seeloknya saya pun muhasabah diri dan membaiki cara penulisan yang agak kontroversi. Kadang-kadang manusia akan melakukan kesilapan lantaran terlupa mempertimbagnkan apa yang baik dan sebaliknya.

 

"Mungkin ada junior yang akan buat tajuk yang sama dengan saya, tapi semestinya di bawah seliaan lecturer lain, bukannya supervisor saya."

-Saya yakin menyatakan sedemikian kerana beliau sendiri mengatakan yang sedimikian kepada saya. Kalau dia nak ubah fikiran itu hak dia.

 

dah la 2. off topic la. x perlu la bnde2 mcm ni.
wt kite bertelagah je

 

kontroversi is ok. tp jgn la kaitkan dengan org lain.

sori ter On balik. off balik k!



peace!

 

yup saya memang teliti! kih3..best pe kontroversi ni?...hehe..ok2 off topic..lalala~

 

wah2~en3 yg sgt hot..
neway xpayah kecoh2 la..
u hv ur brain n me too..
so lu pikir la sendri~~