The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

OGS 08 UTM

Hampir 2 minggu blog ni sepi tanpa sebarang post, sibuk tu tak tapi ad saja la benda yang datang dan sepanjang 2 minggu lepas banyak sangat aktiviti dan benda yang terjadi dan janji tetap janji sebab memang ada bahan untuk dimasukkan bukan niat untuk membuang masa kt sini tp blog ni dah macam catatan hidup seorang pelajar yang dah msuk final year. Samada mahu dikongsi atau tidak, ini semua harapan kami, angan-angan serta pahit manis kenangan tersebut mungkin setengahnya perlu dijadikan pengajaran untuk masa hadapan.




tak sabar nak angkat kaki... balik penang. ap yg kami dapat? kami saja yg tahu. Terlalu banyak benda yang mengecewakan bahkan tak patut guna nama "oil and gas symposium", petroleum engineering symposium PES baru sesuai sebab ianya menyebabkan kami tersilap membuat keputusan sebab namanya dah macam tu. kita harus tahu bahawa oil and gas bukan hanya pasal PE bahkan pencarian hidrocarbon bermula dengan exploration, processing and interpretation geosaintis dahulu iaitu geologist dan geophysicist. Tanpa mereka, dimanakah petroleum engineer nak drill?.


Hampa sebab tak ad job interview bagi yang nk gi inview dan ad yang bawa 12 hardcopy dan softcopy resume. Student2 dr ukm pn merungut pasal benda ni. Technical talk tu semua pasal PE x ad yang berkiatan dengan geosciences. sepatutnya korang yag gi dengar technical talk sebab ianya memang berkaitan dengan PE tapi malangnya korang sibuk nak organize, rugila camtu. Sponsor dpt banyak tapi guests dapat t-shirt kosong yang disepah-sepahkan kat kaunter ibarat pasar malam. Berkenaan dengan lunch dan refreshment lagi mengecewakan. Free refreshment? ad ke orang jual refreshment? susun atur kerusi memang tak patut menghadap khemah berbumbung vip berserta meja bulat, pastu makanan tak sama even worse rasa ... betul. apa bezanya antara student2 u lain dgn organizer, tak ad... sbb korang student jugak. Di USM kalau event yang terbuka, budaya makan macam tu memang tak dipraktikkan. Penat dan kecewa sebab datang dari jauh dan tidur pun atas bas.

Dalam keadaan dn perasaan yang tak berapa bagus, ada la pulak event yang lagi menambah luka di hati kami ni. Katanya orang ESU Petronas nak jumpa Petrns scholars. Tapi sebenarnya hanya nak replace orang2 yang pi inview schlumberger maklumlah schlumberger nak amik intern 10 orang. Jadi beberapa kerat saja scholars utm yang gi jumpa Kak Yus dengan Kak Nurul. nasib baik la ad scholars dari usm dan ukm nampak meriah. Memang betul sharing session dibuat untuk scholars utm sebab attendance sheet tu hanya ad nama2 yang dr utm. Tersilap langkah. Tempat meeting (FKKSA)tu sangat la jauh. Kepada yang tak pergi ke majlis tu, tindakan yang sewajarnya. Kepada yang sudi menghantar kami balik ke kolej 16(pun jauh)secara terpaksa tu, ayat "agak-agak" tu memang tak patut dikeluarkan. Peristiwa tersalah hantar dan sesat memang menjadi iktibar kepada kami dan rasa beruntung sebab keadaan di sini tak sama dengan di skudai.


Kesempatan berjalan-jalan di Danga Bay sedikit mengubat kekecewaan dan terpancar sinar keceriaan setelah bergambar walaupun tempat ni dikunjungi pada waktu malam.


Birhday Boy, Halim(Pengarah projek).


Apa yang tersurat dan tersirat di atas bukannya perasaan saya seorang tapi mewakili semua yang menyertai event ini. Tak ad seorang pun antara yang pergi rasa puas hati tapi penuh dengan rungutan.
Satu perkara lagi Semoga idea yang tercetus semasa disana dpat direalisasikan. mungkinkah?
Kepada seorang kawan lama saya yang masih sama dan tak berubah seperti dulu, terima kasih kerana bawa pergi makan McD walaupun bagi saya sangat jauh tempatnya. Sekarang saya tahu antara ramai-ramai tu siapa kawan yang lebih menghargai kita.

Sekian.

0 comments: