Salam.
Baru balik dari hiking, penat tu masa nak naik. Lepas dah sampai tu hilang lah semua penat. Serupa macam study. Masa nak study memang perit tapi bila dah hbis, lega rasanya. Sebenarnya dah lama tak pergi hiking dkt BJ tu dari bln puasa sampai sekarang dan memang semput jugak la bila sampai part yag curam tu. Ad yang kata bukit tu rendah. Tp bagi x kisah lah tinggi mana pun, yang penting saya mengeluarkan peluh, menikmati keindahan alam (“indah bumi tuhan” kata teman saya)dan dapat menenangkan fikiran setelah selesai bbrp kertas. Nasihat saya, cuba dulu dan selepas tu boleh la komen. Dah lama tak post kat blog ni lagipun suka mengumpul hal-hal yang hendak diluahkan kemudian.
Exam dah nak habis, tinggal 2 kertas lagi yang mana semuanya hafal. Yakinklah dengan diri sendiri dan kuasa tuhan. Sebanyak mana usaha pun kalau tidak diizinkanNya pasti tak tercapai impian. Tapi kepuasan anda berusaha itu lebih penting. Mak saya kata semalam, Kalau dah usaha Allah tetap akan pertimbangkannya. Samada sikit atau banyak bukanlah hak kita untuk menentukannya. Semoga kita dipermudahkan untuk 2 kertas yang terakhir.
Rezeki ada dimana-mana sahaja. Saya rasa tindakan saya memboikot sementara Ani Café kat sg. Nibong tu bukan tindakan yang salah kerana sebagai pelanggan tetap, saya terkilan dengan kesilapan berulang. Anda yang tak mengalami situasi ni mungkin tak ambil kisah. Peringatan, kandungan MSG yg tinggi dlm makanan pun amat tak elok untuk kesihatan. Cakap pasal healthy diet ni, dalam masa beberapa minggu ni hal ni kurang sangat dan saya tak ambil kisah. Manusia memang mudah tewas kepada nafsu makan.
Rakan bloggers dah semakin bertambah. Semoga kita dapat berkongsi sesuatu di sini, luahan hati, komen atau nasihat yang berguna walaupun sebetulnya ada lagi tempat yang lebih baik untuk kita mengadu. Dimanakah tempat itu?
“ Kita adalah insan, menumpang atas dunia”.
Sekian.
6 comments:
nk sihat g jom join priority fitness..heeee..
ap tu priority fitness?
kn tgk kt ivory dpn rst..tmpt gym n aerobk...oh!
kena bayar brp? slalu gi gym usm tp x brp nk best.
mizi nak ikut ko p hiking. pas hbs paper ko bwk la aku g. kalo mizi aku da smpai aku leh ajak die jgk. hahaha. aku nak test stamina dia
:) muka semangat ni
xtau r bp.aritu diorg jual coupon cm us piza tu 29.90. mmbr aq gtau g gym bw kupon tu je.kn byar or x aq x pasti.aq x sure coz x p g.nnti aq tnya mmbr. yg aq tau murah lh.xdalh smpi bp ratus.aq pon x mmpu..oh!
amboi si harlina ni nk g hiking lg ke?..heeee..smngat2..
Post a Comment