The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

Kenangan zaman remaja di bumi Jenan, bumi bertuah



Masjid Muadzam Shah aka masjid jenan ni boleh dikatakan rumah kedua semasa di sekolah. Sejak form 1, nilah tempat ak mendekatkan diri kepada tuhan merasai kemanisan iman yang bukannya senang nak diperolehi, tempat aku plg suka study sbb sini suasana tenang dan tak banyak gangguan, tempat aku tidur malam masa form 1-3 berbantalkan sejadah yg dilipat dan berselimutkan kain pelikat, tempat aku bergura-senda dgn rakan2, tempat ak mkn nasi lemak mak cik lin tiap2 mlm tempat aku mencurahkan bakti menyertai BADAR dari form 1 smpi dh jd super senior dan masjid ini menjadi saksi segala liku hidup ak di bumi jenan, bumi bertuah.



Kawasan lorong ni menjadi kegemaran aku kalau dtg lewat ke masjid, sembahyang sunat kt sini. Dulu catnya warna hijau pudar dan sekarang dah kuning, mgkin krg sket ‘feel’ nya. Sini juga tempat makan dlm talam masa muktamar sanawi.



Kawsan belakang ni la tempat aku selalu lepak bawah kipas, kalau x study atau berbincang, kdg2 ad gak la mengutuk org xpun tidur ja situ. Igt lg x kelab mengumpat kita? Dulu lantainya karpet bukan cam skrg dh lain.



Nur SMSAH ialah nama risalah BADAR yg mula diperbaharui pada tahun 2004, dan nama ini dipilih secara sesuka hati oleh aku dan kekal sampi skrg. Logo pun direka oleh aku dan kekal sampai hari ini, Alhamdulillah. Dulu, ak sgt aktif mengeluarkan rislah2 badar, hampir setiap 2 minggu ditukar sbb ad kemudahan internet dgn printing kt bilik guru baru tu, bt2 muka tebal gak la bila nk msuk dlm tu.



Jam sumbangan batch kita, Millenium Gen 0004



siapa sangka kawasan yang dahulunya hutan getah dh jd hutan batu. Ad satu masa tiap2 tahun, daun getah akan bertukar menjadi warna jingga dan perang kemudian gugur seakan-akan musim luruh. Seperti juga diri manusia yg sentiasa berubah dan tidak mungkin kekal sebagai insan yang sama seperti dulu.

Sekian.

( Post ini dibuat sebagai kenangan ketika melawat sekolah baru-baru ini, dan supaya diri ini tidak lupa asal-usul dan segala pengalamn berharga yg dikutip sepanjang lima tahun berada disini. )

7 comments:

yeah
seriously rindu gile kat jenan
may all the memory remains..

btw,salam mizi
nice blog.
hehe

 

bebudak skrg x mungkin dpt merasai kedamaian suasana seperti kita dahulu. musim luruh, musim bunga.. jenan seakan berada di dunia empat musim.

masjid kaler kuning..? ouh shit! memang pengetua kita ni telah membawa budaya kuning ke sekolah! sakit mata memandang. lantai di jubinkan? aduh? diorang xkan dapat merasa keempukan karpet tempat kita berbaring dulu.

nampaknya legasi kita masih ada di sana. hahaha. logo kita, jam kita, apakah kain hijau kat papan yang aku belikan dahulu. wahaha. rindunya suasana dulu.

belakang tu juga tempat kita meratah nasi lemak majid, char kuetiau, NGB, NGA, NGS dan juga macam macam lagi.

aku takkan lupa kelab mengumpat kita dan kelab separa diorang yang bermarkas di belakang tu. entah berapa banyak dosa kita kumpul kan? mau bertan tan. hahaha...

thanks for bringing back the memories. I really appreciate it very much!

nice blog and keep it updated always.

regards,
aizuddin
lestari perdana, selangor, MY

 

skrg jenan ad musim kemarau dgn hujan je, kesian tul. Ruang untuk org sembahyang pun sempit sbb x pkai carpet, pkai line dr jubin.
dlm bnyk2 mknn tu, n.lemak m.cik lin yg diangkut dlm besen la yg plg sedap. at least 2 bungkus la kan? x gitu.Moga diampunkan dosa kita yg bnyk mengumpat dulu kt dlm masjid jgk.

 

salam

nice2. teringat zaman muda mudi dulu. rindu nak ke jenan kembali. cuma belum berkesempatan. masjid yang mengajar erti hidup

p/s aku tak temasuk ek dalm kelab mengumpat. haha

 

like dis post=)

 

tahun 1982, first week hari Jumaat kat Jenan, dewan main wayang citer Spiderman, lepas Isyak aku pun nak join tengok wayang, geng Usrah cakap form 1 kena join usrah, so aku lepas 10 minit aku pun buat trick ngantuk nak basuh muka, lepas tu terus pi dewan tengok wayang.

kat masjid ni jugak, time orang angkat takbir solat maghrib, aku lompat pagaq pi beli rokok kat kampung india matron tu