Sem baru dan barang2 aku
Sem baru dah mula hari ni, kelas pertama seismic data processing oleh DR K.A. , PA aku. Ini paper ketiga dia ajar selepas Geophysical data analysis dan Remote Sensing. Advanced Geolology oleh Dr. Osama dan Pengarah P.Islam, Dr Nasirun ajar Tropical Meteorology.
Barang-barang banyak yang hilang, tp ak terpaksa redha sebab ni semua salah aku jugak. Toto, bantal-bantal, hanger dan sejadah pun hilang. Nah, terpaksa la beli baru nanti. Buat masa sekarang macam setinggan ja.
2009 Masihi dan Awal Muharam 1430 H
Beberapa hari lagi, kita akan melangkah ke tahun 2009 dan juga 1430. Bila di belek ke majalah, macam biasa penuh dengan tips utk menghadapi tahun seterusnya dengan lebih cemerlang. Masa depan kita terletak di tangan kita untuk mencorakkannya dengan sebaik mungkin dengan izin Allah SWT. Sebelum melangkah ke tahun baru masihi, saya berkesempatan mengabdikan kenangan 2008 di sini dengan mengimbas semula pengalaman saya pada tahun ini mungkin sebagai pengganti diari seorang lelaki. Hidup ibarat roda, kadang di atas dan sebaliknya, yang pahit telah ditelan, usah dikenang tapi sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri dalam apa jua keadaan. Masa terus berlalu dengan pantas, bulan depan genap saya berumur 22 tahun. Masih ingat lagi semasa saya berusia 17 tahun. Pada suatu malam bulan-bulan terakhir sebelum persekolahan berakhir, saya dapat bayangkan bahawa masa pasti berlalu dengan pantas dan bagaimana keadaan saya nanti dalam tahun-tahun berikut. Nah !sekarang sudah 4 tahun berlalu. Kemanakah saya telah menghabiskan masa-masa tersebut? Yang pasti dua “setiausaha sulit” saya sibuk mencatat diari harian saya.
Tanpa kalian
Apabila dikenang kembali insan-insan di sekeliling ,saya sedar akan satu perkara. Seharusnya sentiasa berbuat baik kepada orang lain dan yang paling penting ikhlas. Sebenarnya kita tidak rugi apa-apa malahan dapat mencerahkan sisi gelap diri yang tiada siapa pun suka melainkan iblis da syaitan. Saya amat menghormati seorang rakan sejurusan saya yang sentiasa bersifat neutral tanpa ada “judge-mental” apabila berhadapan sesuatu perkara dan ikhlas dalam mencurah ilmu kepada rakan-rakan. Mungkin itu rahsia di sebalik kejayaan cemerlangnya. 2008 juga penuh dengan peristiwa yang tak mungkin saya lupakan. Peristiwa saya dicampak ke dalam laut semasa trip ocean menyebabkan saya balik meredah hutan dengan seluar hawaian sebab jeans dah basah. Mungkin balasan kerana menaja 2 kg tepung untuk besday 3 orang tersebut.
Terima kasih
Tak lupa juga,terima kasih kepada family seorang sahabat saya dan staf-staf Subsurface PRSB. Perasaan ini, sangat bertuah kerana mengenali mereka sepanjang tempoh tersebut.
Selamat Tinggal 2008
January – Petroleum Geologist Conference and Exhibition, KLCC# Bertemu Angkasawan Negara, Balai Cerap Hamdan Tahir# Tayangan Perdana Filem Duyung, DTSP. February – Fieldwork Sg. Petani, Kedah. March – Fieldwork Karak, Pahang# TOT 33# Arena 2008# BBQ physics united , Pantai GoldCoast. April - Final exam# Fieldcamp Lenggong, Perak. May – Industrial Training, Petronas Research, Bangi # SEG DISC 2008 Reservoir Geophysics, H Crowne Plaza, KL. Jun – Finale Wind Orchestra, PICC, Putrajaya. July – National Astronomy Convention # Pembubaran MPDR. August – Convex 08. September - endurancemizi.blogspot reactivation/rename# Majlis Sahur physics united. October – Visit Jenan# Jamuan Raya FY Geo# Oil and Gas Symposium, Utm# Petronas HSE Groups Seminar, Equatorial # Fieldtrip Oceanography, Pantai Kerachut. November – Final Exam# Session with DownUnder GeoSolutions. December – Last Semester began.
"Dan ku tahu pasti, Kau menemani, dalam hidupku kesendirianku" -Letto, Sandaran Hati-
2 comments:
wah..macam2 tul nostalgia kitak yer..mmg byk pgalaman yg manis n pahit..campak dlm laut? ok pe! bukan senang nk tgk kitak balik pakai suar hawaian..lalala..22 tahun? haha...sudah tua kitak yer..ngee~
p/s:best baca ayat kitak..confirm bm a+++~
tggl bape bulan lg nak bersama
pasni sume dah nak plh jalan sndri. jamuan raya plg best! seyes.
Post a Comment