The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

Tahniah

First, untuk junior2 aku dari SMSAH. Tahniah sebab berjaya masuk final Festival Wind Orchestra tahun ni. Setelah beberapa tahun aku tunggu, finally. Jumpa di Putrajaya International Convention Centre 21 Jun nanti. Tak sabar nak dengar korang main lagu Danse Diaboluque dan Lenggang Mak Limah. Walaupun tanpa Sir Tang dan C.Rostam, korang berjaya jugak untuk tidak bergantung kepada orang lain.

Second, tahniah juga untuk kawan-kawan yang dapat job offer dari oil and gas service company walaupun belum habis final exam. Yang dapat offer kat Dubai tu, hmm...satu tawaran yang patut consider betul2. Yang terfikir nak sambung master, bagus jugak sebab USM galakkan student sambung master, research grants pun banyak semenjak dapat status APEX.

Sebenarnya aku malas nak post sebab aku hanya post bila tersa nak post sesuatu sedangkan banyak event yang terjadi semenjak akhir2 ni.

VIVA.NOW.EXAM.AFTER

Last week sebelum VIVA, sempat gi makan-makan di Seoul Garden, Gurney Plaza. Makanan kat sana boleh tahan, konsep steamboat and BBQ, dah masuk tu paham2 sj la, stay 2 jam lebih juga kat dalam tu merasa semua yang ada. Student pun dapat off 20%. Kat sebelah ni ada letak gambar muka kenyang, tapi gambar blur.



still belum pandai guna chopstick.




Actually, I got V.I.V.A last friday. VIVA isn't perodua viva, but presentation of the thesis for final year student. It started 5.50 till 6.10, not so long. Alhamdulillah, examiner just ask me one technical question (coz its 6.10 pm!) and that one i already guess that he will ask about it. Lucky, no correction needs since i did it twice for the drafts. The funniest thing is my partner for the project. He just took 10 minutes to finish up the slideshows and all are about the results. I hate theory part, we skipped it all. Then that is time what we call goreng-goreng and at least we need the rempah-ratus when goreng-goreng.

Pagi semalam selesai satu paper option ; critical thinking. Nampak senang tapi memang banyak careless. Down sket after habis paper tu tadi. Tadi petang elektif: Tropical meteorology and forecasting. Setakat ni memang tak ada masalah nak study sebab bagi aku paper ni boleh skor. cuma yang merisaukan aku paper yg sangat susah ni: Seismic data processing. Core paper utk students geophysics. Advanced Geology boleh la kot rasanya. InsyaAllah. Then boleh belah la dari sini pas tu. Dah terfikir nak gi Seoul Garden lagi nak celebrate peringkat awal. Sesapa nak ikut boleh join skali tapi kena pegi sendiri. Aku mesti la kena naik Merc AAL dengan driver, co-pilot + secretary aku.

Sebenarnya aku dah mula memikirkan apa nak buat selepas habis belajar.
Ni la option yang aku ada.
1) stay kat rumah buat lemak sambil belajar drive betul2.
2) Kerja la apa pun. Kerja makan pun ok!
3) L.I. lagi? form pun tak hantar.
4) Tunggu job interview. Kalau ada. Ada kot.
5) Babysitter. Tapi baby pun dah masuk sekolah tadika. Mungkin kena tukar sekolah kt KL, aku jugak lah mangsanya.
6) Ke Genting dgn ijad, fahmy n kashah. Jalan-jalan makan angin. Boleh la skali singgah ESU, me'report'kan diri ke bos besar. Nak ambil kami kerja ke?

Mana satu pun aku .on' saja. Hehe..........................

Kesempatan ini

Assalamualaikum....Dah lama rasanya aku tak post sebarang topik atau cerita. Mungkin ad yang ingat aku dah 'left' blog ni. Boleh kata bulan Mac amat memenatkan bermula dengan Physics night, conference, thesis, tests, dan Ablitiy+writing test kat Permata. Dalam masa tu, aku sempat jugak berjalan ke Taiping dan K.Kangsar. Memang seronok. Kawan lama pun ada datang sini, sempat la bercerita panjang tentang kisah masing-masing.
Pejam celik rupanya hidup aku sebagai mahasiswa akan tamat. Tinggal sebulan lagi. Selepas itu, aku tak mampu nak ramal, cuma mampu merancang dan siapalah kita untuk menentukan segalanya melainkan Dia. Kalau test lepas, akan ada job interview pula. Cakap pasal ability test, susah sebab time sangat limited dan tak boleh ulang soalan 'especially' pasal percentage, prediction dan untung-rugi tu. Esei pula aku dapat tajuk yang agak senang. Jari aku tak habis-habis tekan kalkulator. malam sebelum test aku sempat tidur sejam, sebab bertolak dr penang kul 2.30 pg dengan kereta sewa yang buat hal tengah-tengah jalan. Orang berhenti kat stesen minyak sebab nak isi minyak, tapi kami isi angin. Apa pun, tetap satu kenangan yang tak berapa nak indah tapi menyeronokkan. Minggu depan aku akan buat viva untuk final year project, nanti kalau ada masa aku post la sket pasal thesis aku ni. Doakan aku dapat present viva aku dengan baik dan juga final exam, 13-27 hb. Selepas tu, aku akan keluar dari universiti dan mula cari kerja. Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang banyak industri terjejas. Industri minyak dan gas memang ada terjejas, tapi tidak seteruk industri-industri lain.
Hati aku dah tenang sikit selepas thesis complete. Bayangkanlah betapa lost nya aku sebab tak ada direction untuk pursue apa yang aku dah stat. tapi kita tak keseorangan. dia tetap ada di sisi kita kalau kita tak melupakan Dia. Selepas tengok projek aku dah siap, aku berpuas hati dan teruja. Pasti thesis aku ini akan jadi rujukan junior-junior nanti. Itu sudah perkrta biasa. Cuma siapa pula sanggup nak buat pasal magnetik? Pening kepala walaupun bendanya sedikit kompleks, dan potential study ni memang tak ada result yang particular, satu lagi aku penah kata yang aku tak nak buat langsung psal magnetik dan gravity. Projek ni pun kena lelong... tak ada orang yang nak. Student yang lebih bijak dan cemerlang dari aku pun tak nak. Walaupun aku juga tak nak, tapi partner nak jadi aku terpaksa sokong dan aku harap dia dapat guide aku. Tapi apa yang berlaku hanya geng 4 selipar jepun yang tahu. Terima kasih kepada seorang kawan yang aku memang tak suka dia dari dulu, tapi itu dulu... zaman dah berubah. dia yang banyak bagi idea, contoh malah rujukan dan cadangan itu dan ini. Bukan dari orang yang aku harapkan. Terima kasih sahabat. Dalam dunia ada segala macam jenis sahabat. Ada yang bersama anda untuk berseronok, ada yang simpan niat lain dan mengharapkan sesuatu dan ada jugak jenis yang kita boleh cerita segalanya, tak lupa juga yang nak menghancurkan kita. Semoga semua yang aku pernah kenal ikhlas dan sanggup terima aku seadanya. Kepada kawan-kawan, jika aku pernah melukakan hati kalian, maafkan aku. Jauh dari sudut hati aku tak pernah nak bermaksud sedemikian. Mungkin cara percakapan aku agak kasar dan menyinggung hati orang lain. Itu tidak bererti aku marah, cuma aku dah cukup berlembut.

Akhir sekali... selamat belajar, selamat mempersembahkan thesis dan selamat menjalani interview.

STEADY..... tarik nafas, mula!

Blur, no direction and empty.
Itulah keadaan aku sekarang. Tengah tulis thesis ni. Partner aku sedang seronok bercuti di kampung. Aku tak tahu nak buat macam mana. Yang ada hanyalah laptop, kepala otak aku dan application manual. Alangkah indahnya hidup kalau di depan mata aku ada senaskah buku berkulit hijau sambil memerhati hati ayat di dalamnya satu persatu. Aku tak berpeluang, hanya mampu melihat dari dekat. Apa yang aku nak nak buat, semuanya bergantung kepada aku. Itu bagus dan memang aku seronok tergelak sampai nak muntah.

Sedih? Pilu? Sendu? Seronok tak terkata?... apa-apa je lah.

Yang penting control handsome sambil tulis thesis ni. Ho ho...Padan dengan muka sendiri. sorry, spec ni yang padan lah!

STEADY!




Jangan sampai bakar diri sendiri dah.


Lepas ni aku teringin nak post pasal PGCE 2009. Tertunggu juga kalau ada blogger lain yang nak post pasal ni.

Peristiwa Berdarah

Hari ini rumah aku di kampung penuh sesak dengan adik-beradikku dan anak-anak saudaraku yang comel. Oleh itu, aku lebih selesa untuk bermalam di rumah datuk aku yang terletak di pinggir pekan. Sebenarmya datuk aku sudah lama meninggal dan rumah warisan ditinggalkan untuk generasi seterusnya. Bersebelahan rumah datuk aku ialah rumah Pak su. Keluarga mereka digelar dato' datin kerana gemar hidup mewah walaupun harta tidak seberapa dan cukup-cukuo makan saja. Selepas maghrib, saya tiba di rumah tersebut dan ianya memang kosong dan gelap. Tempat yang paling aku gemari tentulah bilik bacaan yang menempatkan beberapa helai dokumen penting yang pernah aku tinggalkan kerana akulah orang yang paling kerap menggunakan bilik tersebut. Di tengah kegelapan malam, aku merasakan ada orang yang cuba memasuki rumah ini. Lantas aku ke pintu depan. “ Encik, kami pegawai polis bahagian siasatan penyiasat jenayah, boleh kami masuk” ?. Aku tak jemput pun tapi semuanya terus duduk di ruang tamu diikuti oleh aku. "Encik lihat sampel-sampel DNA ni, dan lihat kedua-dua tangan encik". Bahagian-bahagian calar di tangan encik mempunyai DNA sepadan dengan sampel darah yang kami ambil dari si mati" kata salah seorang dari pegawai polis. Katanya lagi "Kami ada tawaran yang lebih baik jika encik mengaku bersalah, tapi semuanya terpulang kepada encik sendiri". Aku tergamam, tersentak dan terkejut. Siapakah orang yang aku telah bunuh? Aku rasa aku pernah terbunuh seseorang tetapi secara tidak sengaja. Malah aku merasakan bahawa aku akan terselamat tetapi hari ini tidak. Lantas aku terkenang peristiwa dua tahun lepas di rumah Pak su.

Ketika aku bergelut dengannya di dalam stor, pisau yang aku pegang telah menyelar leher Pak su sehingga dia kehilangan banyak darah dan tidak sempat diselamatkan. aku tersentak lagi dan rasa seperti hati aku cuba diragut. Astaghfirullahalazim. Apa yang telah aku lakukan dulu. Umur aku sudah menjangkau 22 tahun dan pasti hukuman bagi orang yang membunuh ialah hukuman gantung sampai mati. Pada saat ketika itu, aku hanya teringatkan emak dan ayah, masa depan aku yang pasti akan terhenti. Bagaimana dengan pengajuan aku di universiti dan biasiswa?



Allahuakbar Allahuakbar....... sayup kedengaran azan subuh memecah kedinginan pagi. Astaghfirullahalazim, aku bermimpi. Aku bersyukur kerana perkara yang aku tidak mahu terjadi pada diri aku sebenarnya hanya wujud di alam mimpi. Cuma aku merasa pelik kerana perenggan kedua ialah bahagian pertama mimpi ini yang berlaku beberapa minggu yang lepas dan mimpi pagi ini ialah sambunngan kepada bahagian pertama. Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku merasa lega malah bersyukur kerana terlepas dari hukuman gantung. Harap tiada bahagian ketiga kerana jika ada, aku sudah mampu membuat sebuah filem trilogi.

Moral di alam mimpi: Berfikir secara waras sebelum bertindak. Jika tidak, hanya penyesalan tidak berkesudahan sepanjang hidup.

Perlu sambung tidur sekejap kerana tengah hari perlu ke minden untuk bermain badminton bersama rakan-rakan. Sekarang ini ada sedikit kegilaan bermain badminton selepas DoTa, skuasy dan bowling. Malam pula akan ke Georgetown untuk makan malam School of Physics. Sekian, Wassalam.

Permaidani

Rimbun dan redup kasih-Mu

Kau tempatku berpayung

Di manakah lagi

Dapat ku rebahkan

Rasa gundah ini




Nun kau teguh di sana

Pengasih dan penyayang

Pun ku masih terleka

Meneguk ihsan-Mu

Walau ku sedari




Oh nyamannya, bila dipelukan rindu-Mu

Mengimbaulah sentosa

Bentangkanku permaidani

Dari baldu berwarna putih

Moga tak ku terasakan

Cobaan yang ku galas ini

Kepada-Mu titianku

Hijrahkanlah diri ini





Rindukan permaidani hijau di sana, tempat ku berteduh dan mengadu. Sayangnya permaidani itu sudah tiada.

Korek pasir nampak benda bersinar... apakah mineral itu?


Malam gelap yang diterangi unggun api dan lampu hp.

Semalam buat BBQ, separuh di sponsor oleh seorang budak comel. Walaupun test dan assignment termasuk fyp berderet-deret next week, aku gagahkan diri demi mereka. Aku tak mahu hampakan mereka. Tak apa, aku buat ayam BBQ black peper paling berasap dan meletup, biar mereka gembira dan ceria. Walaupun aku tak ada mood langsung, tapi Alhamdulillah mood bertambah baik menjelang malam. Aku lupakan benda-benda yang remeh-temeh. Benda apa, biarlah. Elok juga seminggu sekali buat aktiviti di luar. 11 orang yang join malam tadi termasuk Mr Smez. Selepas sembahyang jumaat, pergi tesco beli barang, pukul 6 ke pantai cari pot dan kayu api. Kesian fahmi, kena tinggal sorang-sorang waktu maghrib sebab nak nyala arang dan jaga pot. Gelap betul kawasan tu, mujur tak dak hantu air. Pukul 8.45 start panggang dan pukul 11.30 malam berangkat balik meninggalkan air laut yang semakin pasang. Lepas ni mungkin ada bbq untuk budak-budak geo. Mesti buat.


Kalau nak cerita apa yang berlaku sepanjang aktiviti tu, mungkin letih orang nak baca, tu pun kalau ada orang nak baca. Apa pun, hati aku sedikit terubat dengan lawak spoiler halim, kesian jadi bahan. Buruj dipanggilnya bujur, pulau puteri mengandung kat langkawi.... otak-otak dalam laut? memang nak kena garpu besar ni.

Sambil merenung bintang-bintang di langit, aku belajar satu peribahasa yang diubahsuai. Tak Patah tumbuh, tak hilang dah berganti. Siapa yang pandai buat peribahasa ni, aku dengar memang sesuai walaupun salah. Ada maksud tersirat ke? aku rasa memang ada.

Lepas ni baru boleh upload gambar dari hp Awin, saya punya hp 2mp sahaja... tak sehebat Awin punya.

(Main korek pasir laju-laju, nampak benda bercahaya tapi sekelip mata. Apakah mineral tersebut?)