The Odyssey continues....

I'm not breaKing, Just gotta keep goIng

Tag dr Mis alniraH

7 CIRI WANITA / LELAKI IDAMAN ANDA
1. Understanding
2. Respect Others
3. Loyal
4. Very close to my heart
5. Mature
6. Tak membosankan
7. Independent
x cukup lg nih...

7 ORANG YANG ANDA PERNAH MINATI SEPANJANG HIDUP

1. Flutist Sultanah Asma... masa konsert diraja kedah...
2. secret admire , tp x smpt knal dia lebih sbb terputus hubungan
3. Dato' CT. Ramai yg minat kt dia tp...
4. Na Injung dlm drama Bad Love. kesian btul die.
5. Kawan saya masa sekolah. Bkn minat, tp lbh kpd mangagumi peribadi dia.
6. Bila dgr lagu Tihamah, sy terus teringat N.Muhammad S.A.W.
7. __________ isi nama anda kalau nak. saya boleh pertimbangkan nanti.
Kalau nak boleh tmbh lg tempat kosong nnt...

7 PERASAAN SEKIRANYA KELUAR DENGAN ORANG YANG ANDA MINATI

1. Senyum kembang semangkuk
2. Tersipu2 malu(kalau 1st time)
3. Maybe bt2 rase cam xda ap y berlaku = neutral
4. Nervous
5. Tidak menaruh harapan yang tinggi
6. Syok kot
7. Bertuah
Lautan api sanggup ku renang.. ceh, mengarut sj! laut ad air, lain la kalau ko msuk neraka. mintak simpang.

7 TEMPAT YANG ANDA INGIN LAWATI BERSAMA PASANGAN ANDA
1. New zealand, tmpt shooting Lord of the rings
2. Korea
3. Frankfurt, Deutschland
4. Mekah/Madinah
5. Pulau Sipadan
6. Tembok Besar china
7. Barocay, Filipina


7 BARANGAN YANG AKAN DIHADIAHKAN KEPADA PASANGAN
1. Paddington Teddybear
2. Shoes
3. Mini Car like ForTwo(kalau duit banyak)
4. Cheese cake with blueberry
5. Kasih sayang
6. Aquarium ikan
7. White roses
Ni je kot....

7 TAJUK LAGU YANG AKAN ANDA NYANYI KEPADA PASANGAN ANDA

1. This I Promise You - N'Sync
2. Sandaran Hati - Letto
3. Lagu Kita - Aizat
4. Lasting On My Minds - Ronan Keating feat. Lee AnnRimes
5. Like Only A Woman Can - Bryan McFadden
6. Betapa Aku Cinta Padamu - Afgan
7. Innuendo - Belaian Jiwa
stok lagu2 jiwang habis...

Satu lg Lagu Untukmu...meet unclehussein.. phm2 sendiri lirik tu...
Sesapa yg terbaca sy punya tag... minta bt plak ek kalau rajin. kalau malas x usah.. korang kan busy....busy la konon.


selamat tinggal 2008/1429 H

Sem baru dan barang2 aku

Sem baru dah mula hari ni, kelas pertama seismic data processing oleh DR K.A. , PA aku. Ini paper ketiga dia ajar selepas Geophysical data analysis dan Remote Sensing. Advanced Geolology oleh Dr. Osama dan Pengarah P.Islam, Dr Nasirun ajar Tropical Meteorology.

Barang-barang banyak yang hilang, tp ak terpaksa redha sebab ni semua salah aku jugak. Toto, bantal-bantal, hanger dan sejadah pun hilang. Nah, terpaksa la beli baru nanti. Buat masa sekarang macam setinggan ja.

2009 Masihi dan Awal Muharam 1430 H

Beberapa hari lagi, kita akan melangkah ke tahun 2009 dan juga 1430. Bila di belek ke majalah, macam biasa penuh dengan tips utk menghadapi tahun seterusnya dengan lebih cemerlang. Masa depan kita terletak di tangan kita untuk mencorakkannya dengan sebaik mungkin dengan izin Allah SWT. Sebelum melangkah ke tahun baru masihi, saya berkesempatan mengabdikan kenangan 2008 di sini dengan mengimbas semula pengalaman saya pada tahun ini mungkin sebagai pengganti diari seorang lelaki. Hidup ibarat roda, kadang di atas dan sebaliknya, yang pahit telah ditelan, usah dikenang tapi sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri dalam apa jua keadaan. Masa terus berlalu dengan pantas, bulan depan genap saya berumur 22 tahun. Masih ingat lagi semasa saya berusia 17 tahun. Pada suatu malam bulan-bulan terakhir sebelum persekolahan berakhir, saya dapat bayangkan bahawa masa pasti berlalu dengan pantas dan bagaimana keadaan saya nanti dalam tahun-tahun berikut. Nah !sekarang sudah 4 tahun berlalu. Kemanakah saya telah menghabiskan masa-masa tersebut? Yang pasti dua “setiausaha sulit” saya sibuk mencatat diari harian saya.

Tanpa kalian

Apabila dikenang kembali insan-insan di sekeliling ,saya sedar akan satu perkara. Seharusnya sentiasa berbuat baik kepada orang lain dan yang paling penting ikhlas. Sebenarnya kita tidak rugi apa-apa malahan dapat mencerahkan sisi gelap diri yang tiada siapa pun suka melainkan iblis da syaitan. Saya amat menghormati seorang rakan sejurusan saya yang sentiasa bersifat neutral tanpa ada “judge-mental” apabila berhadapan sesuatu perkara dan ikhlas dalam mencurah ilmu kepada rakan-rakan. Mungkin itu rahsia di sebalik kejayaan cemerlangnya. 2008 juga penuh dengan peristiwa yang tak mungkin saya lupakan. Peristiwa saya dicampak ke dalam laut semasa trip ocean menyebabkan saya balik meredah hutan dengan seluar hawaian sebab jeans dah basah. Mungkin balasan kerana menaja 2 kg tepung untuk besday 3 orang tersebut.

Terima kasih

Tak lupa juga,terima kasih kepada family seorang sahabat saya dan staf-staf Subsurface PRSB. Perasaan ini, sangat bertuah kerana mengenali mereka sepanjang tempoh tersebut.

Selamat Tinggal 2008
January – Petroleum Geologist Conference and Exhibition, KLCC# Bertemu Angkasawan Negara, Balai Cerap Hamdan Tahir# Tayangan Perdana Filem Duyung, DTSP. February – Fieldwork Sg. Petani, Kedah. March – Fieldwork Karak, Pahang# TOT 33# Arena 2008# BBQ physics united , Pantai GoldCoast. April - Final exam# Fieldcamp Lenggong, Perak. May – Industrial Training, Petronas Research, Bangi # SEG DISC 2008 Reservoir Geophysics, H Crowne Plaza, KL. Jun – Finale Wind Orchestra, PICC, Putrajaya. July – National Astronomy Convention # Pembubaran MPDR. August – Convex 08. September - endurancemizi.blogspot reactivation/rename# Majlis Sahur physics united. October – Visit Jenan# Jamuan Raya FY Geo# Oil and Gas Symposium, Utm# Petronas HSE Groups Seminar, Equatorial # Fieldtrip Oceanography, Pantai Kerachut. November – Final Exam# Session with DownUnder GeoSolutions. December – Last Semester began.

"Dan ku tahu pasti, Kau menemani, dalam hidupku kesendirianku" -Letto, Sandaran Hati-